Tuesday, November 15, 2011

Sudoku VS Kehidupan

Salam
sudah agak lama kan aku tak post dalam blog aku yang tak berapa nak aktif ni..
So, hari ini nak share je la dengan apa yang tengah bermain dalam kepala otak aku ini...boleh kan??
baru-baru ini isteri aku ada beli Su-Doku Puzzle..Yela dia tengah sarat mengandung kan..
So..rasanya elok gak la penuhkan dengan aktiviti yang menjana minda dia dengan baby dalam kandungan tu..huhu
Harap2 baby aku yang akan bakal lahir tahun depan ini akan menjadi lebih cerdik dan pandai daripada papa dia (lebih2 lagi bila buat Sudoku...hehe..)...Amin..

 Sudoku Puzzle...

So..aku pun secara tak langsung terjebak dengan gejala positif ini..tapi aku tak la sehandal isteri aku ini..
Isteri aku ini memang handal and 'pickup' gila buat menda alah ini..
Kadang2 kiteorang siap berlumba2 lagi buat Sudoku ini...
And result dia mestila isteri aku yang cerdik pandai ni menang kan...huhu

Ok..Back to the point, Sebenarnya dalam aku sibuk pening kepala main puzzle ini..
Kepala otak aku tiba2 digest suatu menda yang aku rasa memang ada kene mengena dengan kehidupan kita
Sebab apa aku cakap macam tu, sebab nya adalah Sudoku ini ia mengajar kita untuk berfikir secara inovatif iaitu mencari pelbagai cara or jalan untuk mendapatkan jawapan. 
Dan, Sudoku ini macam mana complicated pun dia..mesti ada jawapan dan jalan penyelesaian dia.

Finally, dekat sini aku dapat buat satu conclusion untuk diri aku ini. Bahawa Sudoku ini diibaratkan seperti Kehidupan kita. Ini bermaksud seberapa banyak pun halangan yang kita hadapi, seringan mana or seberat mana dugaan yang kita tanggung, sesusah mana or sesenang mana  cabaran yang kita renangi..Dengan akal fikiran yang Allah kurniakan ke atas kita. Akhirnya ia akan menemui jalan kejayaan.

Paling penting sebenarnya cuba menjadi seperti Sudoku, bahawa setiap masalah atau dugaan yang kita lalui mesti ada jawapan nya. Jangan berhenti berusaha dan sentiasa tawakal atas usaha yang kita lakukan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...