Thursday, April 7, 2011

Destinasi Hidupku??

Tinggal beberapa hari lagi je..
Aku akan melangkah satu lagi tapak ke satu dimensi yang lebih mencabar..
Yang pasti ia merupakan tingkat dalam aku melengkapkan diri sendiri untuk menjadi lebih sempurna..
Memenuhi tuntutan syarak, keperluan diri serta harapan setiap orang di muka bumi ini..

Betul Kan??

Erm..Adakah ia menjadi Destinasi Hidupku?


Thursday, March 24, 2011

Selamat Tinggal JODOH Aku

Erm...nampak nya jodoh aku tak berpanjangan..Disebabkan kelalaian dan kealpaan sendiri, aku telah kehilangannya buat selama-lamanya. Adakah ini sudah suratan jodohku dengannya. Pedihnya perasaan hati ini Apabila mengenangkan saat bersamanya, terlalu pilunya hati ini apatah lagi apabila teringatkan 'suaranya' saatku bangun pagi..

Kini...

Semuanya tinggal kenangan..tersemat dalam hatiku buat selamanya..
Andai aku diberi pilihan untuk menggantikannya...
Seudah tentu sukar untuk aku temui sepertinya lagi..

Serius..memg sedih gila aku sekarang ini...

So..sekali lagi aku nak ucapkan

Selamat tinggal Vivaz Pro..

Mesti korang semua dah tertanya2 kan dengan siapa la aku berpisah dengan siapa kan??
Sebenarnya, aku kehilangan handset tercinta pagi tadi
Tapi, bila nak kenangkan balik pun tak guna
Sebab semuanya atas kesilapan aku sendiri, aku boleh lak tertinggal handset dalam tandas. sudah la tertinggal handset pastu dengan konfidennya aku terus keluar dari tandas tanpa menoleh kebelakang..haha
So, sekarang hidup aku sunyi tanpa mendengar 'suaranya', 'ketawanya' dan 'guraunya'

Redha dengan apa yang terjadi..
walaupun tadi aku nampak rilex je tapi sebenarnya hati ini betul2 bengkak giler beb...huhu

*Sekarang tengah pening kepala nak beli handset apa dengan sumber kewangan yang ala2 kadar..

Wednesday, March 16, 2011

Persoalan Dalam Mencari Turning Point??

Turning Point? Halatuju? Impian? Matlamat? Kejayaan?
Apakah pengukuran bagi semua benda kat atas itu?
Adakah aspek ini yang perlu ada dalam hidup kita?

Persoalannya, Apakah itu Turning Point??? 
  
Turning Point memerlukan seseorang untuk Tune Up potensi dalam diri sendiri. Selepas dah mencapai tahap tersebut barulah boleh ke next step. kini, aku pun masih berada di tahap tersebut. Mencari konklusi dalam erti Turning Point.....


So, aku rasa..Inilah jawapannya, Turning Point yang perlu kita buat terlebih dahulu sebelum Tune Up diri adalah
AL-QURAN....


Betul tak??????? 

Tak perlu nak cari buku pasal tips2 kejayaan or sebagainya (aku pun sama gak 2X5). Aku pun beli gak buku motivasi. Konon2 nya nak cari semangat la...erm..hampeh..Tetapi bukanlah bermaksud aku nak banned dari beli buku-buku cam tu. Tetapi pokok pangkalnya mende nie adalah solution paling berkesan dan paling mujarab dalam menyelesaikan setiap kerungsingan yang kita dapat.

 Kadang-kadang banyak gak silap aku dalam mengabaikan BUKU yang paling agung daripada Allah s.w.t melalui junjungan tinggi Rasulullah s.a.w.

Awal2 lagi Allah telah berfirman:
Kitab (Al Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa, (Surah Al - Baqarah : Ayat 2)

Sebenarnya benda yang aku tulis nie, bukanlah nak tunjuk pandai or nak menunujukkan aku nie jenis yang alim. Tetapi hanyalah untuk mengingatkan diri sendiri dan share dengan anda semua. Satu lagi, pada fikiran aku...bila da tulis cam ni kenalah aku buat apa yang kita tulis.

Dan aku pernah dengarlah, setiap apa yang kita tuturkan or tuliskan. Sebenarnya menjadi doa kepada kita..Amin..

Oklah, da nak masuk tidur..nnt terlepas lak solat subuh..

Salam semua

*Kalau post aku ini ada tersalah bagi interpretasi or ape2 yang tak memuaskan hati sesetangah pihak, silalah bagi tunjuk ajar.TQ



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...