Saturday, December 3, 2011

10 Perkara Yang Kita Perlu Tahu Pasal Israel

Sebenarnya banyak perkara yang yahudi sembunyikan pada pengetahuan umum. Ini adalah 10 daripadanya.

Peratus Pegguna Rokok Di Dunia. Israel Berwarna Hijau

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya. Kadar pengguna rokok di sana semakin menurun dari masa ke semasa.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan. Namun ilmu itu hanya untuk orang luar kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan dalam tempoh jangka masa yang panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.


4) McDonald di israel dibuka pada tahun 1993 (lewat berbanding negara-negara lain). Mereka telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan kafein yang berbahaya.

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa mengantuk, lemah dan sukar untuk memahami pelajaran di sekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.


6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya. Gambar-gambar penggalian boleh di dapati di sini.

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967. Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat. Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk mempertahankan diri dan antisipasi.

8) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun.
 

Tuesday, November 15, 2011

Sudoku VS Kehidupan

Salam
sudah agak lama kan aku tak post dalam blog aku yang tak berapa nak aktif ni..
So, hari ini nak share je la dengan apa yang tengah bermain dalam kepala otak aku ini...boleh kan??
baru-baru ini isteri aku ada beli Su-Doku Puzzle..Yela dia tengah sarat mengandung kan..
So..rasanya elok gak la penuhkan dengan aktiviti yang menjana minda dia dengan baby dalam kandungan tu..huhu
Harap2 baby aku yang akan bakal lahir tahun depan ini akan menjadi lebih cerdik dan pandai daripada papa dia (lebih2 lagi bila buat Sudoku...hehe..)...Amin..

 Sudoku Puzzle...

So..aku pun secara tak langsung terjebak dengan gejala positif ini..tapi aku tak la sehandal isteri aku ini..
Isteri aku ini memang handal and 'pickup' gila buat menda alah ini..
Kadang2 kiteorang siap berlumba2 lagi buat Sudoku ini...
And result dia mestila isteri aku yang cerdik pandai ni menang kan...huhu

Ok..Back to the point, Sebenarnya dalam aku sibuk pening kepala main puzzle ini..
Kepala otak aku tiba2 digest suatu menda yang aku rasa memang ada kene mengena dengan kehidupan kita
Sebab apa aku cakap macam tu, sebab nya adalah Sudoku ini ia mengajar kita untuk berfikir secara inovatif iaitu mencari pelbagai cara or jalan untuk mendapatkan jawapan. 
Dan, Sudoku ini macam mana complicated pun dia..mesti ada jawapan dan jalan penyelesaian dia.

Finally, dekat sini aku dapat buat satu conclusion untuk diri aku ini. Bahawa Sudoku ini diibaratkan seperti Kehidupan kita. Ini bermaksud seberapa banyak pun halangan yang kita hadapi, seringan mana or seberat mana dugaan yang kita tanggung, sesusah mana or sesenang mana  cabaran yang kita renangi..Dengan akal fikiran yang Allah kurniakan ke atas kita. Akhirnya ia akan menemui jalan kejayaan.

Paling penting sebenarnya cuba menjadi seperti Sudoku, bahawa setiap masalah atau dugaan yang kita lalui mesti ada jawapan nya. Jangan berhenti berusaha dan sentiasa tawakal atas usaha yang kita lakukan.

Wednesday, September 14, 2011

Adakah Relevan Penggunaan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Pengantar Dalam Sesuatu Subjek???

Hari ini aku terpukul utk memberi komen dlm fb prof aku mase belajar kat UUM...Apa pertanyaan prof sehingga buat aku 'terpukul' nie??

Program Bachelor of Economics masih dikendalikan dalam bahasa melayu. Program2 lain spt Bachelor of Finance, Bachelor of Banking, Bachelor of Risk Management and Insurance telah dikendalikan (kulian, exam etc) dlm bahasa english...
Apa pendapat pelajar/bekas pelajar jika program BEc juga dikendalikan dlm bahasa english? Adakan ia boleh membantu pelajar meningkatkan keyakinan, kebolehan berbahasa english dan keyakinan diri? membantu dlm mendapatkan pekerjaan... mohon pandangan ikhlas...
So, terjadilah pedebatan di antara yang suka bhs inggeris sbgai bhs pngantar dengan yang suka bahasa melayu sbg bahasa pengantar...
 So..korang nak tggu x apa jwpn aku??
Tunggu... 
Hari ini xde mood nak tulis panjang2..tapi kalau ada sesiapa yang nak bg pendapat...boleh la komen dl...k

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...