Wednesday, March 16, 2011

Persoalan Dalam Mencari Turning Point??

Turning Point? Halatuju? Impian? Matlamat? Kejayaan?
Apakah pengukuran bagi semua benda kat atas itu?
Adakah aspek ini yang perlu ada dalam hidup kita?

Persoalannya, Apakah itu Turning Point??? 
  
Turning Point memerlukan seseorang untuk Tune Up potensi dalam diri sendiri. Selepas dah mencapai tahap tersebut barulah boleh ke next step. kini, aku pun masih berada di tahap tersebut. Mencari konklusi dalam erti Turning Point.....


So, aku rasa..Inilah jawapannya, Turning Point yang perlu kita buat terlebih dahulu sebelum Tune Up diri adalah
AL-QURAN....


Betul tak??????? 

Tak perlu nak cari buku pasal tips2 kejayaan or sebagainya (aku pun sama gak 2X5). Aku pun beli gak buku motivasi. Konon2 nya nak cari semangat la...erm..hampeh..Tetapi bukanlah bermaksud aku nak banned dari beli buku-buku cam tu. Tetapi pokok pangkalnya mende nie adalah solution paling berkesan dan paling mujarab dalam menyelesaikan setiap kerungsingan yang kita dapat.

 Kadang-kadang banyak gak silap aku dalam mengabaikan BUKU yang paling agung daripada Allah s.w.t melalui junjungan tinggi Rasulullah s.a.w.

Awal2 lagi Allah telah berfirman:
Kitab (Al Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa, (Surah Al - Baqarah : Ayat 2)

Sebenarnya benda yang aku tulis nie, bukanlah nak tunjuk pandai or nak menunujukkan aku nie jenis yang alim. Tetapi hanyalah untuk mengingatkan diri sendiri dan share dengan anda semua. Satu lagi, pada fikiran aku...bila da tulis cam ni kenalah aku buat apa yang kita tulis.

Dan aku pernah dengarlah, setiap apa yang kita tuturkan or tuliskan. Sebenarnya menjadi doa kepada kita..Amin..

Oklah, da nak masuk tidur..nnt terlepas lak solat subuh..

Salam semua

*Kalau post aku ini ada tersalah bagi interpretasi or ape2 yang tak memuaskan hati sesetangah pihak, silalah bagi tunjuk ajar.TQ



Sunday, March 13, 2011

Laman Motivasiku

Demi Masa

Demi Masa...Sesungguhnya manusia kerugian.
Melainkan yang beriman dan yang beramal soleh......

Tetiba aku teringat rangkap lagu nasyid yang popular satu ketika dahulu 'Demi Masa'-Raihan.
Rangkap ini diambil dari surah Al-'Asr (Demi Masa).

Sudut inilah yang sentiasa mengingatkan aku tentang kepentingan masa. Tapi kenapalah aku sentiasa lupa dengan kepentingan masa, Kadang-kadang aku sentiasa alpa dengan apa yang paling penting perlu aku buat dalam hidup ini pada waktu ini.

So..satu hari tu, aku tengah jalan-jalan dekat K4, pastu aku ternampak jam dinding yang betul2 menarik perhatian aku. Apa lagi aku terus sambar la..lgpun xdela mahal pn..RM10 hengget je..Ala, apalah nak dibandingkan nilai 10ringgit 2 dengan nilai yang tertulis kat jam 2 kan..

Apapun Past is Past..Kita dah tak perlu nak menyesal apa yang telah berlaku. Sebaliknya kita perlu jadikan ia suatu iktibar agar nadi kesedaran kita tentang masa terus memacu kehadapan dengan lebih pantas.

Saturday, March 12, 2011

Upgrading And Enhancing

Amcm ngan pertambahan beberapa widget kt dalam blog aku nie..huhu..terasa teruja lak biler da tau skit2 macam maner nak wt bog..Apepn thanx bangat kat Cara Bina Blog..huhu..Entah macam mane lak aku leh tergerak ati nak explore tips2 nak wt blog dalam google.

So..bermula saat ini, aku akan terus berkecimpung dalam ini arena dengan lebih konsisten dan efisien..cewah..Bahan blog aku lebh terarah dengan kehidupan harianku, pemikiranku, ilmuku yang xseberapa ini. Harap korang sume akan dpt beri tunjuk ajar kat aku n beri sebarang komen yang bernas...

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...