Friday, December 16, 2011

Orang Ikhlas Sering Ditindas?


Salam..Apa Khabar semua..Alhamdulillah hari ini aku ingin berkongsis sedikit suatu kisah..tak pastilah kisah benar atau tidak. Yang penting kita dapat ambil sedikit banyak pengajaran dan iktibar. Kerana aku pasti  setiap manusia di atas muka bumi akan menghadapi persoalan yang sama. So, hari ini aku nak share kisah ( xtau sumber daripada siapa, aku harap empunya kisah mengizinkan aku untuk share dengan korang semua) antara sesorang motivator dengan audiencenya sendiri. 
So, Sebelum korang layan..minta maaf ye entry kali ini agak panjang berbanding sebelum-sebelumnya..hehe

Hiasan Gambar
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar.. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior dan telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut.
Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”
Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita.. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”
Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Monday, December 12, 2011

Apa Sebab Umat Islam Mundur?

Salam..Apa khabar semua?Sihat? Bagus2...
Harap kita semua still bersemangat lagi untuk meneruskan liku2 kehidupan yang penuh ranjau ini.
So, hari ini just nak share something dengan korang semua...boleh tak??

Tajuk Entry aku kali ini mungkin agak berat dan sensitif sedikit. Tapi jangan risau..because entry ini bukanlah semata-matanya datang daripada pemikiran aku yang serba daif..
Aku just nak kongsi dengan korang semua tentang apa yang diperkatakan oleh Prof Dr Hamka berkenaan isu ini..

Aku begitu tertarik dengan jawapan yang diberi oleh Hamka ini yang begitu bijak mengupas sesuatu isu. Lebih-lebih lagi isu yang ingin aku share ini..

Mengapa Umat Islam MUNDUR?

So..ini aku just rumuskan je la ye...kalau korang nak tau lebih detail boleh dapatkan buku bertajuk Membahas Kemusykilan Agama yang boleh didapati di MPH, Popular Book Shop etc.

- Patut Miliki -



So, apa kata hamka??

Sebenarnya terlalu rumit untuk kita mengupas secara lebih mendalam faktor2 kemunduran umat Islam masa kini. Terlalu banyak punca yang mengakibatkan masalah ini berlaku. Antaranya, kebanyakan umat Islam kini terlalu hanyut dengan hal duniawi, sentiasa meletakkan kepentingan dunia berbanding dengan kepentingan akhirat (Kadang2 aku pun lebih kurang macam ini gak..Astaghfirullah)..So, banyak lagi faktor yang mungkin boleh kita huraikan..

Banyak buku-buku yang mengupas isu ini contohnya:

Amir Syakib Arsalan dalam "Apa sebab kaum muslimim mindur dan apa sebab umat lain maju"

Mohamed Iqbal dari Pakistan dalam "The Reconsruction of Religous Thought in Islam".

So, apa yang membuat aku tertarik dengan komen daripada Hamka adalah kita hendaklah memberhentikan sebarang diagnose atau kajian tentang kemunduran umat Islam. 

Apa yang paling penting buat kita adalah menganjurkan kepada segenap umat islam kita pada hari ini adalah kita muhasabah dan mengambil pengajaran yang penting dari tamadun2 Islam yang terdahulu iaitu bermula dengan Khalifah Ar-Rasyidin sehinggalah Tamadun Abasiyah dan Tamadun Umayyah..

Janganlah kita berbuat perbandingan dengan zaman dahulu sehinggakan kita merasa bangga tak tentu pasal..Sebaliknya kita berusaha untuk mengembalikan kemajuan yang pernah kita kecapi dahulu.

Aspek keilmuan perlu dibaja dan disirami pada setiap hati umat Islam masa kini..Umat Islam perlu mendalami ilmu-ilmu yang kritikal seperti hal perubatan, kejuruteraan tanpa menolak ilmu yang dituntut iaitu Fardhu Ain. Disinilah cara kita mengalihkan persoalan apa sebab kemunduran umat Islam itu pada persoalan bagaimana usaha kita untuk menjadi umat yang maju.

Disamping itu, berusahalah mendekat hati kita dengan Allah. Latihlah diri kita dengan menanam semangat iman dan taqwa pada Yang Satu. Sesungguhnya hanya pada Dia tempat kita mengadu dan berserah. 

Kita juga jangan terlalu pesimis dengan kemajuan umat Islam pada masa kini. Kita hendaklah melihat pada sudut positif bagaimana Islam semakin berkembang pesat. Contohnya, setelah perang dunia Kedua, banyak negara-negara Islam yang telah mencapai kemerdekaan seperti Malaysia, Indonesia, Pakistan dan sebagainya. Banyak Universiti Islam dibangunkan di serata negara Islam.

So, dengan ini InsyaAllah Islam akan kembali seperti Zaman kegemilangan Rasulullah serta para sahabatnya. Apa yang pasti, umat Islam kini perlu bergading bahu dan mengenepikan ideologi masing-masing dalam memastikan Islam maju dan disegani oleh umat yang lain.

So, aku harap post aku kali ini dapat diterima baik oleh korang semua. Sesungguhnya, entry aku kali ini adalah idea asal Prof Hamka cuma aku ubah suai sikit ayat dia, sebab susunan ayat ini Indonesian Version.

Aku hanya ingin menyampaikan sahaja. Tiada niat untuk tunjuk pandai.k..

Seperti dengan Sabda Rasulullah s.a.w. "Sampaikan kata-kataku walaupun sepotong ayat".

Sekian

Salam


Tuesday, December 6, 2011

Penghayatan Kisah Bahtera Nabi Nuh a.s.

Salam
Apa Khabar semua? Sihat?
So, hari ini aku nak share sikit ilmu yang aku dapat daripada hamba Allah ini..
Hamba Allah ini bagus la siap buat slide show lagi..
Slide dia ini menceritakan hikmah yang berlaku daripada kisah bahtera Nabi Nuh a.s. yang secara tidak langsung
memberi panduan serta pengajaran yang amat berguna kepada kita semua.
Credit dekat hamba Allah ini..

So, ini yang aku Wording balik..huhu

Hampir 11 pelajaran berguna yang dapat kita belajar dan gunakan, serta ia berkait rapat dengan kehidupan seharian kita.

Hanya Gambaran
Pertama, Jangan sesekali ketinggalan kapal.

Kedua, Ingatlah bahawa kita semua berada di dalam bahtera yang sama. So, dekat sini menggambarkan bahawa setiap makhluk yang hidup di muka bumi adalah sama sahaja. Tidak perlu membeza-beza antara satu sama lain..Hanya Iman dan Taqwa yang membezakan kita.

Ketiga, Rancang kehadapan, Semasa Nabi Nuh a.s. membina bahteranya itu, musim hujan masih belum tiba. Ia selari kata pepatah pujangga Melayu "Sediakan payung sebelum hujan". 

Keempat, Kekal sihat. Anda mungkin diminta melakukan sesuatu yang besar semasa usia anda 60 tahun. Segala ciptaan Allah adalah tidak sia-sia, sebagai contoh manusia dicipta hanya untuk terus sujud dan beribadat kepada-Nya. Namun begitu, ibadah itu bukan fokus kepada solat, zikir atau pun sedekah tetapi ia juga merujuk kepada ibadat yang lain seperti berbakti kepada masyarakat, memakmurkan alam dan sebagainya.

Kelima, Ketepikan segala kritikan, Teruskan kerja yang perlu diselesaikan.

Keenam, Tegakkan asas masa depan kamu di dataran yang tinggi. Kalau kita baca balik sejarah pembinaan bahtera Nabi Nuh a.s. Baginda membinanya di kawasan gunung yang tinggi. Nampak tak begitu hebat hikmah yang Allah ingin sampaikan dekat kita semua melalui kisah Nabi Nuh a.s. ini.

Ketujuh, Demi keselamatan semua, bergerak secara berpasang-pasangan. Konsep Jemaah (Kumpulan) amat dituntut dalam Islam.  

"Selingan: Aku teringat formula matematik yang diajukan oleh seorang penceramah ketika aku menghadiri kurus motivasi. Masa tengah bagi ceramah ini, ustaz ini try la nak bagi teka-teki untuk menggelakkan semua orang boring. Then dia tanya 1+1 dapat berapa?So, yang lain kelam kabut la nak jawab, maklumlah semuanya cerdik pandai dalam Matematik..huhu..So, bangunlah mamat ini dengan yakinnya menjawab 2..Tetapi ustaz itu cakap salah..kuang3..apa lagi semua bertambah pelik la..tambah lagi aku dengan muka terkejut beruk..Setelah hampir semua orang memberi jawapan yang salah..Ustaz pun bagitau jawapan dia adalah 27..lagi bertambah pelik la aku..Maklumlah aku masa fikiran tak berapa kritis..huhu..Ustaz pun cakap jawapan itu kita boleh tengok melalui solat..apabila kita solat berjemaah, pahala kita akan berlipat 27 kali ganda.."

Kelapan, Tidak semua kepantasan itu kelebihan. Malah Siput dan Cheetah juga berada dalam bahtera yang sama.

Kesembilan, Jika anda rasa tertekan, lupakan masalah itu seketika.

Kesepuluh, Ingatlah bahawa, bahtera tersebut dibina oleh amatur; Titanic pula dibina oleh para professional.

Kesebelas, Tidak kira betapa kuat ribut yang melanda, apanila anda bersama-sama Allah s.w.t. kebahagian sentiasa menanti anda di hadapan.

Credit to Hamba Allah ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...